Lepas memandu 2km bapa baru tersedar ank hilang, tak sangka rupanya terjatuh dari tingkap

Advertisements
Advertisements

Seorang kanak-kanak berusia 3 tahun mengalami kecederaan pada muka selepas dipercayai terjatuh daripada tingkap kereta dalam satu kejadian yang berlaku dekat KM5 Jalan Lipis-Merapoh semalam. Menurut New Straits Times, kejadian ini dikatakan berlaku apabila bapa mangsa yang berusia 36 tahun telah berhenti di tepi jalan untuk menjawab panggilan telefon dan tidak menyedari bahawa anak lelakinya sudah terjatuh daripada kereta.

Bapa mangsa kemudian meneruskan lagi perjalanan sehingga 2 km sebelum menyedari anaknya tiada di dalam kereta. “Bapa kanak-kanak itu kemudian menyedari anaknya tiada dalam kereta dan cuba mencarinya. Namun, pencarian gagal dan bapa kanak-kanak itu membuat laporan di Balai Polis Kuala Lipis,” kata Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Ismail Man dalam satu kenyataan.

Orang awam yang melalui jalan itu kemudian menjumpai kanak-kanak tersebut dalam keadaan cedera di muka berada seorang diri di tepi jalan. “Kanak-kanak itu dihantar ke Balai Polis Padang Tengku. Bapa mangsa kemudian dimaklumkan anaknya sedang menerima rawatan di Klinik Kesihatan Padang Tengku ketika membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Lipis. Akibat kejadian itu, kanak-kanak berkenaan cedera dan menerima rawatan susulan di Hospital Kuala Lipis,” katanya.

Hasil siasatan awal mendapati kejadian ini berlaku sekitar jam 11 pagi ketika bapa dan kanak-kanak itu sedang dalam perjalanan menaiki Proton Saga dari rumah mereka di Kampung Berembang ke sebuah kedai hardware dekat Kampung Tempoyang. Jelas Ismail lagi, siasatan awal mendapati kanak-kanak itu terjatuh dari kereta bapanya melalui tingkap belakang kenderaan yang terbuka.

“Ketika itu, pemandu dipercayai memberhentikan kereta untuk menjawab panggilan telefon,” kata pihak polis. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 337 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan terhadap orang awam. Polis juga meminta kerjasama saksi kejadian untuk tampil membantu siasatan. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *