Penyanyi Bella Astillah meraih perhatian ramai selepas menunjukkan bakat menari tarian zapin baru-baru ini. Menerusi muat naik di TikTok, pemilik nama Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 31, berkongsi video memaparkan dirinya bersama seorang lelaki bernama Adam Sufrie menari tarian zapin Johor untuk lagu Raya Nak Ke Mana?. Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai terutamanya peminat Bella yang mengatakan anak kelahiran Sabah itu mempunyai banyak bakat dalam pelbagai perkara. Klik sini untuk lihat video.

Sebelum ini, Bella menunjukkan bakatnya bermain gitar di hadapan ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa kagum terhadap Bella kerana memiliki bakat terpendam dalam banyak perkara. Segelintir warganet turut meminta Bella untuk menyambung pengajian supaya dia boleh menjadi tenaga pengajar pada masa akan datang.


Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.