Personaliti media sosial, Datuk Red mendedahkan sisi kehidupannya yang jauh berbeza daripada kemewahan yang pernah dinikmati suatu ketika dahulu. Menerusi temu bual eksklusif bersama Dol’s Podcast, Datuk Red atau nama lengkapnya Datuk Seri Adnan Abu berkongsi pengalaman hidup secara sederhana selepas berdepan masalah kewangan sejak beberapa tahun lalu. Klik sini untuk lihat video.

Bekas suami penyanyi, Adira Suhaimi ini juga mengakui dia kini sudah terbiasa dengan kehidupannya sekarang termasuk tidur di dalam kereta dan menggunakan kemudahan di hentian rehat dan rawat (RnR). “RnR mana je memang dah kenal saya dah, pengaawal keselamatan, tukang cuci dan pemandu lori kebanyakan semua dah kenal saya. Tidur dalam kereta okay, saya dah biasa. Saya mandi pun di RnR. Di situlah tempat saya buat live TikTok.”
Tambahnya lagi, dia kini sudah menyewa sebuah bilik di lot kedai yang terletak di Sungai Buloh. Namun, tempat tinggalnya itu tidak mempunyai tandas. “Sekarang ni saya tinggal di bilik bersaiz 10×10 kaki dan bilik tu tak ada tandas. Kadang-kadang hujung minggu saya bawa anak saya, tapi sebelum mereka datang saya suruh dah singgah mana-mana tandas awam dulu.
Bilik tu awalnya saya ingat bilik untuk buat pejabat ke apa, ada penghawa dingin dan harga sewa RM250. Tapi tak tahu lah pula bilik tu tak ada tandas. Tapi sebab dah terambil, teruskan je lah. Bilik tu lot kedai di Sungai Buloh, ada dua bilik dan satu bilik tu kawan saya sewa. Hanya ada sinki sahaja. Kalau nak guna tandas, memang kena pergi stesen minyak.”
Datuk Red mengakui dirinya kini berada dalam fasa berjimat cermat dan masih berusaha bangkit secara perlahan-lahan untuk melangsaikan hutangnya yang mencecah RM7 juta. Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada warganet yang meluahkan rasa simpati dengan kehidupan Datuk Red. Mereka juga menitipkan doa agar urusan Datuk Red dipermudahkan dan dilimpahkan rezeki.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.