Hadir sebagai tetamu, Siti Nurhaliza menafikan dakwaan dibayar buat persembahan di majlis KKM

Advertisements
Advertisements

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menafikan dakwaan dirinya telah dibayar untuk membuat persembahan di sebuah acara sambut Aidilfitri yang dianjurkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), baru-baru ini. Menerusi hantaran di Instagram Story, Siti, 46, menegaskan bahawa dia hadir ke majlis tersebut sebagai tetamu dan melakukan persembahan dengan kerelaan tanpa menerima sebarang bayaran. “Saya datang ke majlis KKM sebagai tetamu dan bukan artis yang diundang membuat persembahan.

Saya menyanyi kerana saya mahu menghargai warga KKM, atas rela hati dan tanpa bayaran. Saya tidak mahu lebih ramai memanjangkan fitnah apabila nama saya dipetik dalam berita atas nyanyian saya di majlis tersebut.” Tambah pelantun lagu ‘Purnama Merindu’ itu, tindakannya tampil memberi kenyataan adalah untuk menghentikan spekulasi tidak benar yang bertebaran di media sosial sekali gus telah menjatuhkan fitnah terhadapnya. “Seperti mana penjelasan saya, saya tidak minta apa-apa bayaran, saya datang sebagai tetamu dan saya menyanyi dengan rela hati.

Saya rasa penjelasan ini penting supaya anda tidak membuat penulisan, berita dan menyebarkan nama/gambar saya dengan sesuatu yang tidak sahih beritanya.” Terdahulu, segelintir warganet meluahkan rasa kurang senang dan mengkritik majlis sambutan Hari Raya besar-besaran yang dianjurkan KKM. Hal ini kerana, banyak pihak mempersoalkan perbelanjaan KKM untuk majlis rumah terbuka itu, selepas beberapa gambar acara berkenaan menunjukkan sambutan yang meriah termasuk persembahan daripada artis popular tanah air.

Berdasarkan beberapa gambar yang dimuat naik di akaun Facebook Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad, antara artis yang dijemput menghiburkan tetamu ialah penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza dan raja pop, Jamal Abdillah. Sumber: OhBulan.

PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *