Tak mudah jadi ibu tunggal, Fazura titipkan kata kata semangat kepada wanita yang senasib dengannya

Advertisements
Advertisements

Menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu tunggal, pelakon dan penyanyi, Nur Fazura menasihati wanita yang senasib dengannya untuk terus bersemangat dan tidak putus asa meneruskan kehidupan. Fazura atau nama lengkap Nur Fazura Sharifuddin, 41, berkata, dia sangat menghormati golongan ibu tunggal yang mampu membesarkan anak seorang diri meskipun tahu hal itu tidak mudah.

“Saya sangat menghormati para ibu tunggal di luar sana, macam saya baru seorang anak tapi di luar sana ada ibu tunggal yang sampai empat hingga lima orang anak. Saya doakan mereka terus kuat, menjadi ibu tunggal memang tidak mudah. Harapan saya untuk semua ibu tunggal supaya sentiasa bersemangat dan jangan terlalu sedih.

Tambah pelantun lagu Pum Pang Raya itu, dia juga ada menerima beberapa kiriman mesej daripada para ibu tunggal yang meluahkan perasaan terhadap ujian dihadapi. “Saya juga ada menerima DM daripada beberapa ibu tunggal yang kata sudah tidak tahan dengan hidup. Ingatlah bahawa Allah sentiasa bersama kita, sentiasa memohon kepada-Nya. Tiada orang lain yang boleh kita harapkan selain Allah. Inilah momen dan pengorbanan yang anak-anak akan ingat apabila mereka sudah besar.”

Dalam pada itu, Fazura berkata, fokusnya kini adalah untuk membesarkan anak tunggalnya, Fatima yang kini berusia empat tahun. “Fokus dan keutamaan saya sekarang adalah untuk membesarkan Fatima, saya juga berkerja keras untuk dia, untuk masa depan dan pengajiannya. Banyak juga tanggungjawab lain yang saya harus galas termasuk uruskan perniagaan dan saya juga ada keluarga.

Saya sentiasa berdoa kepada Allah supaya kurniakan saya kesihatan yang baik untuk terus bekerja dan boleh beribadah.” Imbas kembali, Fazura pernah mendirikan rumah tangga dengan aktor dan penyanyi, Fattah Amin pada 27 November 2017 sebelum sah bercerai dengan talak satu pada 7 Oktober tahun lalu. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *