Ramai yang teruja bila tular video Syed Saddiq mesra sembang dengan Ibu Bella Astillah

Advertisements
Advertisements

Kemesraan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq bersama ibu pelakon dan penyanyi, Bella Astillah iaitu Zarina mencuri tumpuan ramai di media sosial. Menerusi sebuah video tular di platform TikTok, Saddiq kelihatan mesra bersembang bersama ibu Bella ketika mereka bertemu di sebuah majlis, baru-baru ini. Apa yang meraih perhatian warganet adalah perbualan dan tindakan ibu Bella yang mesra disapa sebagai Eina itu menyimpan buku nota kecil milik Saddiq di dalam beg tangannya. Klik sini untuk lihat video.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengusik Saddiq yang seakan sedang seronok bersembang bersama bakal ‘ibu mertuanya’ itu. Sejak kebelakangan ini, hubungan antara Saddiq bersama pelantun lagu Tapi Bukan Denganmu ini menerima sokongan ramai sehingga nama mereka digabungkan dengan tanda pagar #BASS. Malah, sebelum ini tular sebuah video siaran langsung memaparkan Bella menafikan hubungan mereka yang dipaparkan kepada umum itu didakwa sekadar ‘marketing’.

Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *