Tular gambar Jalur Gemilang tak lengkap dengan bulan sabit, kini MCMC mahu siasat Kwong Wah Yit Poh

Advertisements
Advertisements

Isu mengenai ilustrasi Jalur Gemilang tak lengkap tanpa bulan sabit nampaknya semakin hangat menjadi bualan selepas satu lagi akhbar bahasa Cina didakwa melakukan kesalahan yang sama seperti Sin Chew Daily. Tidak berdiam diri,  Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memanggil akhbar Kwong Wah Yit Poh susulan penyiaran gambar Jalur Gemilang yang tidak lengkap di akaun Facebook rasminya, hari ini.

MCMC melalui kenyataan malam ini memaklumkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) kerana kandungan terbabit dimuat naik secara dalam talian. “MCMC memandang serius perkara ini dan akan bekerjasama sepenuhnya dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi siasatan lanjut, sekiranya perlu,” katanya.

Suruhanjaya itu turut memberi amaran tegas kepada semua pihak termasuk media dan orang awam supaya tidak memuat naik atau menyebarkan kandungan yang boleh dianggap mempersenda atau memaparkan Jalur Gemilang dalam keadaan tidak lengkap. “Tindakan tegas boleh diambil terhadap mana-mana pihak yang melanggar peraturan ini. MCMC komited memastikan penggunaan media digital kekal tertib serta menghormati simbol-simbol kebangsaan,” katanya.

Sebelum ini, sebuah portal berita melaporkan bahawa Kwong Wah Yit Poh telah menerbitkan ilustrasi Jalur Gemilang yang tidak lengkap selepas Sin Chew Daily turut didakwa atas kesilapan sama ketika membuat liputan sempena lawatan rasmi Presiden China, Xi Jinping ke Malaysia. Susulan itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa siasatan terhadap Sin Chew Daily telah dimulakan serta-merta, berikutan penyiaran ilustrasi Jalur Gemilang yang tidak lengkap pada muka hadapan akhbar berkenaan semalam.

Kementerian turut menjelaskan bahawa wakil Sin Chew Daily telah dipanggil hari ini bagi tujuan siasatan, dan Surat Tunjuk Sebab telah diserahkan kepada pihak akhbar. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *