Buat kat kawasan kampung bukan hotel, Mua Bellaz luah rasa syukur majlis rumah terbuka dihadiri lebih 7k orang

Advertisements
Advertisements

Pempengaruh dan jurusolek, MUA Bellaz meluahkan rasa syukur selepas majlis rumah terbuka yang diadakan baru-baru ini mendapat sambutan baik dengan kehadiran melebihi 7,000 orang. Menerusi perkongsian di TikTok, pemilik nama Nur Nabila Zulyadaini bersyukur kerana pada hari kejadian cuaca dalam keadaan baik berbanding hari sebelumnya. Kata Bellaz, rumah terbuka tersebut diadakan di kawasan perumahannya kerana mahu memberi kemudahan kepada mereka yang kurang berkemampuan. Klik sini untuk lihat video.

“Hampir 7,000 orang yang datang. Terima kasih buat semua yang datang, keluarga, kawan-kawan, pengikut di media sosial, jiran dan orang-orang kampung datang memeriahkan majlis rumah terbuka saya dan suami. Mana-mana yang saya terlepas pandang jangan terasa hati tau. Insya-Allah tahun depan saya buat lagi. Saya buat di kawasan kampung sahaja, bukan hotel. Minta maaf mana yang terkurang dari pihak saya dan suami.”

Bellaz yang juga ibu kepada empat orang cahaya mata itu, tidak henti mengucapkan terima kasih kepada mereka yang hadir memeriahkan majlis tersebut. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *