Dilihat sudah tiada lagi jalan penyelesaian, penyanyi Datuk Nora Ariffin nekad memfailkan perceraian terhadap suaminya, Dr Rushdi Ramli. Menerusi kenyataan kepada media, Nora memberitahu dia sudah melakukan pelbagai usaha untuk memulihkan masalah rumah tangga mereka namun gagal menemui jalan penyelesain yang lebih baik.
“Tidak dinafikan bahawa segala usaha untuk memulihkan rumah tangga kami telah melalui pelbagai peringkat termasuklah sesi pertemuan dan perbincangan bersama pihak-pihak tetapi masih tidak mencapai kata penyelesaian. Malah menjejaskan keselamatan serta merosakkan reputasi saya sebagai seorang artis yang telah bergiat sekian lama dalam industri muzik.
Dengan dukacita, saya bertekad membuat keputusan untuk memfailkan permohonan perceraian terhadap suami saya, Dr Rushdi,” kongsinya. Kata Nora, keputusan itu dibuat disebabkan wujudnya campur tangan daripada pihak ketiga sehingga mendakwa rumah tangganya tidak dapat diteruskan dengan aman. Bakal fail cerai pada Isnin depan di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, apa yang berlaku juga memberi kesan kepada keselamatan sehingga membawa kepada pengabaian.
“Hal ini berikutan wujudnya campur tangan pihak ketiga sehingga perkahwinan kami tidak lagi dapat diteruskan dengan aman. Malah, turut memberi kesan kepada keselamatan saya sehingga membawa kepada pengabaian. Justeru, permohonan perceraian ini akan difailkan pada 21 April 2025 bersama Peguam Syarie daripada Tetuan Sarah Ali & Co,” ujarnya.
Dalam pada itu, Nora menjelaskan tujuan dia berkongsi kenyataan rasmi kerana mahu memberi penjelasan mengenai situasi rumah tangganya. “Sidang media ini adalah bertujuan untuk memberi penjelasan terhadap keadaan yang sebenar, menghentikan spekulasi serta kenyataan secara terbuka dan penuh hormat kepada semua pihak yang terlibat.
Atas faktor keterdesakan dan kebaikan semua pihak, saya tetap bersama keputusan saya bagi meneruskan tindakan perceraian ini,” katanya. Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.