Dah failkan tuntutan fasakh, Nur Nilam akui Azlan Komeng sulitkan proses untuk berpisah

Advertisements
Advertisements

Pempengaruh, Nur Nilam Ortiz mendakwa pelakon, Azlan Komeng telah menyulitkan proses perpisahan mereka. Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Nilam yang gagal menahan sebak dilihat menangis teresak-esak meluahkan rasa kecewa apabila dianiaya oleh suaminya itu. “Apa yang saya rasa sekarang ini adalah satu pengkhianatan yang sangat besar. Saya dah biasa orang tikam belakang, tetapi kali ini yang menikam adalah suami saya sendiri.

“Saya dah move on, tapi jauh di sudut hati masih ada rasa kecewa,” katanya. Mengulas lebih lanjut, Nilam berkata dia sudah memfailkan tuntutan fasakh terhadap Azlan yang enggan melepaskannya. “Saya tuntut fasakh, sebab saya tahu dia tak nak lepaskan saya. Saya balik Siam dia cari saya. Saya nak keluar daripada rumah ini, dia akan sabit saya nusyuz. Dia buat jalan saya susah… saya dah penat,” katanya.

Dalam pada itu, Nilam juga menjelaskan dia sudah tidak boleh hidup bersama Azlan dek rasa hancur dan kecewa dalam hatinya saat suami mahu berkahwin lain. “Saya cakap dengan dia, ‘macam ni lah Komeng.. saya dengan awak tak boleh dah. Macam mana pun awak cuba usaha, saya tetap tak boleh’,” luahnya. Sebelum ini, Nilam menjadi perhatian selepas hadir ke Mahkamah Rendah Syariah, namun tidak menjelaskan lebih terperinci mengenai tujuannya ke situ.

Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *