Berikutan menjalankan perniagaan piza di kawasan kediaman, beberapa individu tampil membuat laporan terhadap usahawan Jofliam. Menerusi hantaran di laman Threads, terdapat beberapa orang individu yang tinggal di kawasan berkenaan mengambil tindakan dengan membuat aduan secara atas talian kepada Majlis Perbandaran Ampang Jaya. Didakwa, perniagaan yang dijalankan di kawasan Taman Melawati itu telah menyebabkan kesesakan lalu lintas, menyusahkan pengguna jalan raya serta mengganggu ketenteraman awam.
Selain itu, mereka juga mendakwa perniagaan tersebut tidak berdaftar dan tiada lesen perniagaan. “Perniagaan ini secara berterusan dibuat dari rumah, dan check point jualan dibuat merata termasuk di kawasan kejiranan, sekolah dan stesen minyak. Walaupun banyak laporan telah dibuat kami belum menerima apa-apa tindakan wajar daripada pihak berwajib.”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata penduduk yang tinggal berhampiran kawasan tersebut turut berkongsi laporan yang dilbuat. Dalam masa yang sama, terdapat segelintir warganet meminta pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk melakukan pemeriksaan terhadap pekerja yang didakwa berkemungkinan tidak mengambil suntikan typhoid.

Justeru, mereka menggesa pihak bertanggungjawab untuk mengambil tindakan terhadap aduan berkenaan demi ketenteraman penduduk setempat. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.