Pelakon Risteena Munim menjadi perhatian ramai apabila berkongsi mesej romantik yang diterima daripada suaminya, Isa Khan. Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, suami kepada pemilik nama Nur Risteena Munim Zainul Ilyas iaitu Isa Khan meluahkan kerinduan tatkala berjauhan dengan isterinya yang ketika itu sedang mengerjakan umrah. Klik sini untuk lihat video.


Berdasarkan perbuaalan di WhatsApp, Isa tidak sabar menanti kepulangan isteri tercinta dan mengakui memerlukan sosok wanita itu di pangkuannya. “Tolong cepat balik. Saya perlukan awak. Terlalu banyak benda saya nak cakap dengan awak. Allah tahu saya tunggu awak. Tengok kalendar, sehari macam setahun.” Dalam pada itu, Isa berterima kasih kepada Allah kerana menghadirkan wanita istimewa seperti Risteena dalam hidupnya.
“Terima kasih Allah temukan saya dengan wanit istimewa ini.” Risteena menerusi ruangan kapsyennya turut meluahkan perasaan ketika diuji dengan jarak dan kesihatan yang kurang baik. “Bila terpaksa berjauhan kejap when i went for umrah, then kesihatan kurang baik, that’s when we need each other the most. Haih! Baru brapa hari dah banyak nak sembang, banyak nak borak.”
Lebih menyentuh hati, sebaik sahaja Risteena tiba di lapangan terbang, Isa hadir menjemput dengan membawa kejutan bunga buat isteri tercinta. Detik manis itu turut dirakam dan dikongsikan menerusi video pendek di Instagram, sekali gus menepis dakwaan hubungan rumah tangga mereka dilanda masalah.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.