DIUJI masalah rumah tangga, pelawak Shuk Sahar kekal tenang dan bersyukur kerana masih mempunyai sahabat yang dianggap sebagai keluarga. Tak putus menerima kata-kata semangat, Shuk atau Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 39, turut memohon maaf sekiranya masalah rumah tangga yang dihadapi bersama isteri iaitu Fara Salleh memberi impak buruk kepada rakan-rakannya itu.
“Terima kasih Lepak Bapak (team podcast) bukan sebab korang menyebelahi aku ke apa tapi sebab buat aku rasa aku ada keluarga dan tempat tumpang rasa keluarga di Singapura. Maaf kalau hal aku banyak buat korang terpalit sedikit cerita yang tak baik. Semoga Allah balas kebaikan korang dengan kebaikan,” katanya. Shuk berkongsi perkara itu menerusi komen yang ditulis dalam sebuah hantaran dimuat naik di Instagram podcast Lepak Bapak.

Dalam hantaran tersebut, dua orang wakil pasukan Lepak Bapak mengeluarkan kenyataan susulan nama kumpulan mereka itu turut terbabit dalam kemelut rumah tangga pelawak berkenaan. Salah seorang wakil yang dikenali sebagai Feroz berkata dia sebagai rakan melihat sendiri kegigihan Shuk berniaga untuk mencari rezeki buat keluarga. “Isu ini bermula dua minggu sebelum Ramadan apabila kami berjumpa dengan Shuk di Kuala Lumpur. Buat masa itu motif kami ke sana untuk cari supply barangan dijual di bazar Ramadan.
Bagi pihak kami, apa yang kita nampak sepanjang bulan Ramadan bagaimana gigihnya dia ke sana ke sini menguruskan perniagaan sampai 2 hingga 3 pagi jual minyak wangi. Sebelum Ramadan lagi, kami sudah lihat betapa gigihnya dia bekerja sampai malam, extra recording podcast lagi sebab nak cari duit untuk trip ke Eropah dan pembedahan isterinya. Semua ini kita nampak macam mana dia habiskan masa bekerja,” ujarnya.
Feroz bagaimanapun menasihati Shuk untuk terus kuat dalam menghadapi ujian rumah tangga ini. Malah, dia dan sahabat lain sentiasa bersedia memberikan sokongan dan bantuan jika diperlukan. “Bagi pihak pasukan Lepak Bapak, apa sahaja yang kau (Shuk) lalui, kami sentiasa berada di belakang kau. Sentiasa ingat kau ada lima sahabat di Singapura yang sentiasa memberikan sokongan. Ada apa masalah ingat kita ada whatsApp grup. Call sahaja apa-apa kita akan tolong.
Allah takkan uji kalau kau tak mampu, terus kuat untuk melalui semua ujian ini,” katanya. Pada Isnin, Shuk didakwa melafazkan talak satu kepada Fara menerusi panggilan telefon. Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Fara menerusi satu rakaman video yang dimuat naik di Instagram miliknya. Menurut Fara, 33, Shuk melafazkan talak itu di Thailand dan tidak mengetahui tujuan pelawak itu melakukan tindakan tersebut di negara berkenaan.
Sebelum ini, Fara meluahkan rasa bengang terhadap Shuk dengan mendakwa pelawak itu sebagai suami yang tidak bertanggungjawab. Malah dakwa Fara lagi, Shuk sentiasa melebihkan rakan-rakan berbanding memikirkan keadaan dirinya yang sedang sarat mengandung. Untuk rekod, Shuk mendirikan rumah tangga dengan Fara pada November 2023.
Shuk sebelum ini pernah berkahwin dengan Rossa Sera namun berpisah pada 22 Mac 2023. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 9, dan Nur Assyifatu Aimi, 6 tahun. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.