Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah memaklumkan Ahli Parlimen Muar iaitu Syed Saddiq telah menerima bayaran sebanyak RM100,000 selepas menjadi duta buat jenama minyak wangi yang dipanggil Dolcea. Menerusi hantaran di Instagram (IG), Bella atau nama lengkapnya Dayang Nabellah Awang Astillah memuat naik foto dirinya bersama Syed Saddiq sambil mempromosikan wangian daripada jenama tersebut. Apa yang menjadi perhatian ialah, Bella sempat menyelitkan satu nota kaki menerusi kapsyen memaklumkan Syed Saddiq telah menyumbangkan kesemua wang tersebut kepada parlimennya iaitu Muar.

‘From Parliament to perfume, now we’re making scents together’. Syed Saddiq menyumbangkan kesemua RM100,000 diterima sebagai duta kepada rakyat Muar.” Perkongsian itu kemudiannya meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya memuji tindakan Syed Saddiq yang begitu mengutamakan rakyat di Muar.
Menjengah ke ruangan komen, netizen turut memaklumkan betapa bertuahnya rakyat Muar mendapat seorang wakil rakyat yang begitu cakna dan prihatin terhadap mereka.



Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.