Usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri berkongsi pandangan mengenai sikap segelintir ibu bapa yang berperangai kurang baik sehingga menyebabkan sebuah institusi keluarga menjadi toksik. Aliff, 38, berkata, apa pun layanan yang diberikan oleh ibu bapa sama ada baik mahupun buruk, anak-anak tetap perlu menjalankan tanggungjawab mereka dengan sebaiknya. Namun, diingatkan setiap perkara mempunyai limitasi supaya diri sentiasa terbela. Klik sini untuk lihat video.

“Sebagai seorang anak tetap kena menjalankan tanggungjawab kepada ibu dan ayah. Saya percaya ada ibu bapa yang berperangai toksik, suka maki hamun anak, minta duit dekat anak dan sebagainya. Walaupun ibu bapa perangai sebegitu, sebagai anak harus beri juga duit kepada mereka. Namun perlu diingatkan, setiap perkara ada limitnya. Jangan bagi semua gaji awak kepada ibu bapa, sebab awak sendiri nak teruskan kehidupan.”
Aliff berkongsi perkara itu sewaktu melakukan sesi siaran langsung di TikTok. Perkongsian Aliff kemudian mendapat respon positif orang ramai yang rata-rata bersetuju dengan apa diutarakan. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.