Walaupun sudah setahun lebih hidup berpoligami, pempengaruh Umisya Mazlan akui tidak sekuat yang dipaparkan di media sosial. Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Umisya dilihat sedang sibuk bersiaran langsung menjual tudung bersama suaminya, Aslam. Pada perkongsian itu, Umisya memaklumkan dirinya banyak memendam. Klik sini untuk lihat video.

“Saya tak strong pun. Saya menangis belakang camera. Saya tak tunjuk sedih.” Bagaimanapun, Umisya memaklumkan Aslam turut membantu madunya, Marissa Dania dalam perniagan tudung. “Aslam tolong la. Cuma korang kena faham lah sebab-sebab tertentu.” Untuk rekod, Umisya merupakan isteri pertama selepas Aslam membuat keputusan untuk mengahwini anak kepada pasangan selebriti, Norman Hakim dan Abby Abadi, Marissa Dania Hakim di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.