Anak sulung kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Nur Shahida, iaitu Ammar Ahyan, 17, menyatakan minat untuk menyertai dunia politik dan bercita-cita menjadi ahli parti UMNO selepas menamatkan persekolahan. Menurut ibunya, Shahida, Ammar memiliki semangat patriotik dan sudah menetapkan hala tuju masa depan yang jelas termasuk impian untuk menyertai arena politik tanah air.
“Ammar sayang anak bangsa, memang cita-cita dia nak jadi ahli politik. Dia pernah kata selepas habis sekolah dia akan daftar menjadi ahli UMNO,” katanya Shahida turut menyifatkan anak sulungnya itu sebagai individu yang matang dan tegas dalam pendirian biarpun dia dan suami tidak pernah mendorong anak-anak ke arah bidang politik. Dia ada hala tuju dan pandangan yang jelas. Setiap anak lain-lain perangai. Tapi tak tahulah kenapa dia pilih UMNO, tak faham,” katanya menerusi siaran langsung di TikTok.
Menurutnya lagi, beliau dan Aliff Syukri jarang berbicara soal politik di rumah dan tidak menyangka anak mereka menunjukkan kecenderungan ke arah itu. “Saya dan suami dua-dua tak minat politik tapi tak tahu kenapa anak terjebak. Sampai kadang terfikir aku bersalin dekat hospital tertukar anak ke? Lain sangat perwatakan,” ujarnya. Walaupun begitu, Shahida tetap menyokong penuh keputusan anaknya selagi ia memberi kebaikan dan menunjukkan kematangan.
“Saya tak pernah ajar anak saya. Kita memang berbeza pendapat tapi tak pernah cerita hal politik di rumah. Jika itu pilihan dia okaylah. Dia sudah lebih besar dan bijak. Sebagai emak saya sokong sahaja,” katanya. Dalam pada itu, Shahida turut mendedahkan sikap tegas Ammar dalam mendisiplinkan golongan muda apabila dia pernah bertindak merampas rokok elektronik (vape) milik sekumpulan remaja bawah umur ketika mereka pulang ke kampung di Sabak Bernam, Selangor.
Bagaimanapun, tindakan tersebut menyebabkan dua adik Ammar, iaitu Qadejah dan Ibraheem menjadi sasaran ejekan oleh kumpulan remaja terbabit. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.