Tetap jalankan tangunggjawab walaupun dah berpisah, Aiman bahagi nafkah untuk Siti Jamumall dan ibu

Advertisements
Advertisements

Personaliti media sosial, Aiman Tak Kesah tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan anak meskipun berdepan dengan konflik rumah tangga. Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Aiman memaklumkan dia baru sahaja menerima gaji hasil daripada pekerjaannya bersama usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri. “Nafkah dekat Siti selalunya RM2,000 tapi saya dapat RM2,500 jadi kita bagi ikut kemampuan. Klik sini untuk lihat video.

Duit ini saya dapat daripada hasil kerja dengan Datuk dan sekarang saya nak bahagikan.” Aiman kemudian membahagikan baki wang tersebut kepada dua bahagian iaitu untuk Siti Jamumall dan juga buat ibunya. “RM500 untuk saya, ada baki RM2,000 lagi saya nak kena bagi kepada dua orang perempuan iaitu mak saya dan Siti. 10 keping untuk Siti dan 10 keping untuk ibu. Ibu tak kisah saya bagi berapa pun. Ada orang kata saya nak menunjuk dapat RM2,500, bagi saya jijiklah setakat nak tunjuk RM2,500 sahaja.”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji Aiman yang masih berkerja keras demi menafkahi Siti. Dalam masa yang sama, warganet juga menyifatkan Aiman sebagai anak yang baik kerana masih bertanggungjawab terhadap ibunya. “Syukurlah dia bagi ikut kemampuan, bertanggungjawab pada mak dan isteri. Semoga usaha Aiman berterusan.” “Dia ambil RM500 je, yang lain untuk mak dan bini. Baik hati dia, ada tanggungjawab.” “Bagusnya, dia masih ada hati dan nurani nak bagi nafkah termasuklah untuk anak-anak.” “Alhamdulillah, yang penting dia bagi semampunya. Usaha dan kerajinan tu yang penting.” “Aiman ni bagus, macam mana sekalipun dia tetap ingat ibu dia.”

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *