Niat nak talak dua, Aiman kesal dengan kejadian tu dan mengaku jahil agama

Advertisements
Advertisements

Pempengaruh media sosial, Khairul Aiman Abdul Kudus atau lebih dikenali sebagai ‘Aiman Tak Kisah’ mengakui hanya berniat melafazkan talak dua terhadap isterinya, Siti Suriani Wahiddin atau Siti Jamumall, namun tidak menyangka tindakan itu dianggap sebagai jatuh talak tiga. Menurut Aiman, 22, lafaz talak yang dibuat dalam siaran langsung di TikTok itu dilakukan dalam keadaan marah dan letih selepas pulang bekerja. “Masa tu baru balik kerja, bawa balik hasil apa… cari emas tapi dituduh me******t. Padahal nak minum air je tapi dituduh,” katanya ketika meluahkan rasa kecewa.” Klik sini untuk lihat video.

Katanya, dia kesal dengan kejadian tersebut dan mengakui kekurangan ilmu agama telah memusnahkan rumah tangganya. “Niat aku talak dua, ilmu tak ada, kahwin lagi. Alif Ba Ta tak tahu. Gagal didik isteri, punah rumah tangga,” ujarnya. Dalam video yang tular, Aiman dilihat mengulang lafaz cerai sebanyak tiga kali terhadap isterinya ketika sesi siaran langsung, sekali gus menimbulkan tanggapan bahawa talak tiga telah jatuh secara automatik. “Niat talak dua tapi ada orang yang pandai dan ‘lawyer’ kata saya dah automatik jatuhkan talak tiga. Tunggu keputusan mahkamah,” jelasnya dalam siaran langsung itu.

Sementara itu, pendakwah bebas, Syed Mohd Bakri Syed Ishak atau PU Syed menjelaskan bahawa isu berkenaan perlu dirujuk kepada Mahkamah Syariah sebagai pihak yang berautoriti dalam urusan undang-undang keluarga Islam. Untuk rekod, pasangan itu pernah hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 6 Mei lalu untuk pengesahan lafaz talak namun membuat keputusan untuk rujuk kembali dalam tempoh kurang 24 jam selepas itu.

Siti Jamumall kini sedang hamil lima bulan hasil perkahwinan bersama Aiman. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *