Serik ditipu, usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri enggan lagi meminjamkan duit kepada mana-mana individu selepas ini. Aliff atau nama lengkap Aliff Syukri Kamarzaman, 38, berkata, semua pemiutang yang meminjam wang daripadanya sehingga kini masih tidak melunaskan hutang mereka. “Saya ada kawan-kawan yang nampak kaya raya tetapi hakikatnya suka pinjam duit dan tidak bayar. Hujung-hujung saya yang kena mengemis.
Saya sudah bertaubat, siapa pun nak jumpa saya baik menteri, Datuk Seri, mak cik, pak cik, saya sudah tidak percaya. Sebab banyak kali dah saya kena tipu. Biarlah saya susah senang dengan isteri dan keluarga sahaja. Ibaratnya saya bagi pinjam kepada 50 orang, kesemua 50 orang itu tak bayar semula duit saya. Bila saya viralkan, orang kata saya berniat jahat.” Aliff berkata demikian ketika ditemui di majlis makan malam bersama media yang diadakan di kediamannya di Kota Damansara, baru-baru ini.
Berkongsi lanjut, Aliff memberitahu, dia sudah pun melantik peguam dan kes dibawa ke mahkamah bagi menuntut semula haknya. Menurutnya lagi, hampir RM50 juta jumlah keselurahan wang yang pernah diberi pinjam yang mana pemiutang datang dari pelbagai latar belakang. “Sekarang ini saya sedang perjuangkan hak dan dapatkan kembali hak saya, jumlah semuanya lebih kurang RM50 juta. Orang luar hanya tahu permukaan sahaja, kes ini sedang berjalan di mahkamah. Melibatkan mahkamah dan peguam. Jadi saya tidak boleh melebih-lebih beri kenyataan.”
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.