Atikah Suhaime luah rasa kurang senang bila ada yang bagi nasihat tentang cara pemakanan

Advertisements
Advertisements

PELAKON Datin Atikah Suhaime meluahkan rasa kurang senang apabila menerima komen segelintir pengikut di media sosial yang cuba memberi nasihat tentang cara pemakanan ibu berpantang. Menurut Atikah atau Nur Atikah Mohd Suhaime, 34, dia tidak memerlukan pandangan daripada mana-mana pihak yang sekadar bercakap kosong tanpa membuat pertimbangan terhadap diri sendiri terlebih dahulu. “Kalau awak tak nampak awet muda atau badan tak kurus, saya tak perlukan nasihat awak fasal pantang.

“Nasihatkan diri sendiri, cantikkan diri sendiri dulu baru nasihat orang lain. Ada hati nak cakap itu ini. Masing-masing macam ‘senduk’,” katanya. Atikah menulis perkara tersebut menerusi satu hantaran di Instagram pada Sabtu. Dalam masa sama dia turut menyelar warganet yang mendakwa masakan disediakan oleh ibunya boleh memberi kesan buruk terhadap kesihatan dalam tempoh berpantang. “Takkanlah ibu saya sendiri nak racun anak dia?

Rata-rata komen di TikTok mengatakan makan ikan pari itu berbisa. Nanti takut anak saya kembung perut,” ujarnya. Malah pelakon juga merasa pelik kerana kerap menerima nasihat sebegitu sedang dia sudah habis tempoh berpantang. Perkara itu secara tidak langsung melemahkan semangat Atikah untuk membuat pengisian kandungan ‘mukbang’ seperti mana yang sering dilakukan sebelum ini.

“Sibuk lagi cakap fasal makanan pantang, padahal saya dah habis pantang. Awak ingat saya nak dengar cakap awak? Serius saya malas nak buat mukbang,” luahnya. Untuk rekod, Atikah mendirikan rumah tangga dengan usahawan Datuk Lokman Teh pada Januari 2024. Pasangan ini dikurniakan cahaya mata perempuan bernama Lyla Mulan Teh yang dilahirkan pada 8 Mac lalu.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *