Pelakon, Azlan Komeng dedah wanita berniqab yang dikatakan bakal berkahwin dengannya mempunyai niat tidak baik terhadap rumah tangganya dengan isteri, Nilam Ortiz sehingga pelbagai spekulasi timbul. Menerusi laporan, Azlan Komeng dedah wanita dikenali sebagai Maizila Aini itu didakwa menggunakan ilmu hitam bertujuan mahu merosakan perkahwinannya bersama Nilam.
“Saya sebenarnya sudah tangkap sesuatu yang pihak itu ada guna unsur yang tidak baik. Saya jelas dan pasti yang niat dia tiada lain, dia mahu musnahkan Nilam dan rumah tangga saya. Dia nak musnahkan itu semua sebab dendam. Sekarang ini saya sudah buat laporan kepada polis terhadap perbuatan dia terhadap Nilam. Jadi sekarang ini bila saya tahu dan ambil ‘barang tersebut’ dia jadi tidak tentu arah,” katanya.
Jelasnya, dia sudah lama sedar akan perkara itu dan memilih untuk mengikut sahaja rentak wanita berniqab tersebut tanpa berkongsi dengan isteri kerana sedar Nilam kerap berkongsi cerita di media sosial. “Perkara ni saya dah dapat tangkap sejak dari awal. Sebab itu saya tidak beritahu kepada Nilam kerana tahu isteri saya kadang-kadang suka berkongsi, bercakap dengan orang. Saya tak nak perkara ini terlepas…” ujarnya.
Pemilik nama sebenar, Muhammad Azlan Kamira, 49 memaklumkan yang dia mengenali wanita berniqab tersebut sebelum bernikah dengan Nilam lagi dan menyedari bahawa tindakan yang dilakukan individu itu seperti ingin membalas dendam. Tambahnya lagi, dia sudahpun mempunyai bukti dan menyelesaikan urusan dengan pihak berkuasa, namun tidak dapat berkongsi kerana ia melibatkan keselamatan Nilam.
Dalam pada itu, Azlan turut memaklumkan gambar dan video dia seakan sedang bermesra dengan wanita berniqab itu sekadar langkah untuknya melihat sejauh mana permainannya dalam membalas dendam. “Saya dah kenal lama wanita itu. Saya layan sebab mahu lihat ke mana wanita itu ingin pergi…”katanya. Pelakon terbabit juga menasihati wanita terbabit supaya berhenti melakukan perbuatan yang boleh menduakan Tuhan dan mengakui tiada hati dengannya seperti yang digembar-gemburkan.
Dia juga menafikan sekerasnya bahawa ‘drama’ yang terjadi adalah konten bagi membuat pemasaran terhadap perniagaannya. Ujarnya, dia tidak mempunyai sebarang perniagaan untuk membuat konten tersebut dan tindakan menuduh isterinya adalah satu perkara yang sangat tidak wajar. Terdahulu, tular di media sosial apabila video seorang wanita berniqab bersandar di bahu Azlan Komeng.
Ramai yang menduga wanita itu bakal isteri kedua pelakon terbabit, namun ada juga yang menuduh dia merupakan Nilam Ortiz sendiri yang membuat konten bagi ‘marketing’ perniagaannya. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.