BERANG diminta pulang ke Malaysia, bekas isteri Hafidz Roshdi sebaliknya meminta pelakon itu datang ke Australia jika mahu bertemu dengan dua orang anaknya. Nurul Shuhada Mat Shukri, 31, berkata, dia tidak melihat sebarang keperluan dia pulang ke Malaysia kerana anak-anak mereka bersekolah di negara tersebut. Dakwanya, Hafidz cuba memutar-belitkan fakta berhubung interim hak penjagaan anak-anak mereka dan mengingatkan aktor itu dia adalah responden pertama.

“Dia punya twist itu, macam orang tidak ada ilmu. Cakap berbelit, interim dekat responden pertama, aku orang responden pertama! Sudahlah hak raya ke apa semua tak dapat, sembang ‘kari’ apa entah? Anak-anak (ikut) cuti sekolah dekat Australia. Cuti sekolah sinilah. Nak jumpa sila datang sini (Australia). Dah kalah itu kalahlah, acah-acah Nurul Shuhada kena balik Malaysia bawa anak-anak jumpa kau. Kau itu datang sini nak jumpa anak-anak,” katanya.
Shuhada meluahkan perkara itu menerusi Instastory miliknya pada Rabu. Pada Rabu, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam membenarkan Hafidz mendapat hak lawatan interim terhadap dua orang anak mereka iaitu Humairah dan Umar sepanjang tempoh cuti sekolah bermula 29 Mei sehingga 9 Jun depan. Susulan itu, mahkamah memerintahkan Shuhada perlu pulang ke Malaysia dan menyerahkan anak-anak kepada Hafidz sepanjang tempoh cuti persekolahan.
Dalam pada itu, Shuhada turut meminta Hafidz menjalankan tanggungjawab sebagai bapa dengan membayar nafkah buat anak-anak mereka. “Dari hantar LOD segala bagai itu, kau lunaskan segala tanggungjawab dekat anak-anak. Duit nafkah satu sen tak bagi! Tunjuk kau itu bapa bertanggungjawab sikit. Kau jangan bagi aku menyalak pula. Nanti aku jadi CE juga! Jangan bagi aku mula,” ujarnya. Untuk rekod, Shuhada dan Hafidz mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada 27 Julai 2023.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 8, dan Umar yang kini berusia 5 tahun. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.