Berharap dapat bawa Han jumpa terapi, Individu ni tampil ulas tentang bahasa tubuh anak Cik Epal dan Jofliam

Advertisements
Advertisements

Seorang individu tampil mengulas tentang bahasa tubuh anak sulung kepada usahawan dan pempengaruh Cik Epal iaitu Han. Menerusi hantaran di Facebook, seorang warganet yang dikenali Ida Latif berkongsi tentang bahasa tubuh Han ketika melihat Cik Epal menangis semasa memberikan ucapan dalam majlis sambutan hari lahirya. Menurut Ida, gerak geri Han yang menarik lengan bajunya berkemungkinan memberikan maksud yang mendalam dari segi psikologi dan emosi.

“Bahasa badan tidak menipu. Bila seorang budak lelaki tarik lengan baju panjang dia ke bawah masa nampak mak dia menangis, nampak simple, tapi sebenarnya ada makna psikologi yang dalam. Tindakan untuk tenangkan diri (self-soothing). Kadang-kadang bila kita rasa tak selesa atau gelisah, badan automatik buat sesuatu untuk rasa “selamat”. Tarik lengan baju tu macam cara dia nak peluk diri sendiri secara halus, sebab hati dia tengah kacau tengok mak sedih.

Rasa bersalah atau malu. Kalau dia rasa dia ada kaitan dengan apa yang berlaku, atau rasa bersalah (walaupun bukan salah dia), dia mungkin akan cuba ‘sembunyi’. Tarik lengan baju tu macam simbol dia nak kecilkan diri, tak nak orang nampak dia. Budak lelaki, especially yang dah biasa disuruh “jangan nangis, jadi kuat”, kadang-kadang tunjuk emosi secara senyap. Tarik lengan baju boleh jadi cara dia tahan air mata, tahan diri dari “pecah”.”

Mengulas lanjut, Ida mendakwa, kanak-kanak tersebut mungkin mengalami kesedihan atau trauma sebelum ini sehingga menyebabkan dia bertindak sedemikian. “Empati tapi tak tahu nak buat apa. Dia rasa sedih, dia faham mak tengah sedih… tapi dia tak tahu nak bantu macam mana. Jadi, badan dia bertindak ikut rasa, tarik lengan tu mungkin cara dia luah perasaan, walaupun dia tak cakap apa-apa. Pengalaman lampau atau trauma. Kalau sebelum ni dia pernah lalui situasi yang tegang atau trauma, aksi kecil macam ni mungkin dah jadi refleks perlindungan diri bila dia rasa takut atau terancam secara emosi.”

Justeru, individu tersebut meluahkan rasa simpati terhadap Han dan berharap agar ibu bapanya merujuk kepada pakar psikologi berhubung masalah anak mereka itu. “Nampak remeh, tapi dalam dunia psikologi kanak-kanak, bahasa badan boleh cerita lebih banyak daripada mulut. Harap ibu bapa budak ni alert dan hantar dia pergi terapi. Kesian kecil lagi dah kena hadap macam-macam. Mungkin juga dia perlu matang sebelum usia (forced matured) kerana apa yang berlaku.”

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.