Hilang sabar dengan warganet yang buat fitnah, sekali isteri Azlan Komeng kongsi surat tuntutan saman fitnah

Advertisements
Advertisements

Pelbagai kecaman dan tuduhan yang dilemparkan terhadap isteri kepada pelakon Azlan Komeng iaitu Nur Nilam Ortiz selepas tular seorang wanita berpurdah bersama suaminya baru-baru ini. Tidak lagi berdiam diri, Nilam menerusi perkongsian di TikTok membuat naik satu tuntutan saman fitnah sebagai langkah pertamanya.

“Berdiam makin mengeruhkan keadaan rupa-rupanya. Warganet banyak buat kepala tau dan fitnah semakin menjadi-jadi. Ini adalah langkah pertama, jadi satu-satu kita hantar LOD saman fitnah,” kongsinya. Bagaimanapun, Nilam hanya memuat naik surat tuntutan saman fitnah tanpa memberi sebarang maklumat terperinci mengenai perkara itu.

Rata-rata warganet di ruang komen berharap Nilam terus kuat dalam menempuh dugaan dan menangani kemelut yang melanda dalam rumah tangganya. Sebelum ini, muncul seorang wanita di TikTok bernama Maizila Aini yang memuat naik foto memperlihatkan dirinya berpurdah bersama Azlan Komen dan dipercayai individu itu adalah bakal isteri kedua aktor itu. Nilam bagaimanapun tampil menafikan dakwaan segelintir pihak yang mendakwa dirinya menyamar menjadi wanita berpurdah tersebut.

Kemudian, wanita itu memuat naik video mengatakan dirinya lebih cantik daripada Nilam dan mengakui Azlan mula jatuh cinta dengannya disebabkan matanya. Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *