Hilang kerjasama dengan beberapa jenama, Jefri Nichol akui pengakuan tiduri 20 wanita hanyalah gurauan

Advertisements
Advertisements

GARA-GARA membuat pengakuan pernah meniduri 20 orang wanita, pelakon Jefri Nichol hilang tawaran kerja bersama beberapa jenama produk.  Jefri, 26, berkata, kenyataan yang dibuat menerusi sebuah temu bual podcast itu hanyalah sekadar gurauan dan tidak menyangka ia menjadi bualan hangat warganet. “Okay hal itu saya bergurau di podcast, sumpah! Media yang membesarkan isu itu. Saya hilang kerjasama dengan beberapa jenama gara-gara berita itu,” katanya. 

Jefri berkongsi perkara itu menerusi perkongsian semula yang dimuat naik oleh pengguna TikTok. Dalam pada itu, Jefri mengakui semua kenyataan berkenaan wanita yang pernah dibuat sebelum ini hanyalah cerita bohong dan memberitahu dirinya masih lagi teruna. “Semua yang saya katakan tentang wanita itu adalah bohong, saya masih teruna,” katanya. 

Sebelum ini, menerusi sesi temu bual sebuah program berjudul Bocah Bocah Kosong (BBK), Jefri membuat pengakuan pernah meniduri lebih 20 orang wanita. Malah tanpa rasa malu, pelakon filem Ali Topan ini turut berkongsi kegiatan seksualnya termasuk mengaku melakukan perbuatan onani dua hari sebelum tampil dalam program berkenaan. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *