Pemergian 10 anggota FRU mengimbau semula kejadian di karak pada tahun 1990

Advertisements
Advertisements

Semalam, kita dikejutkan dengan berita kejadian maut melibatkan 10 anggota polis Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang berlanggar dengan sebuah lori batu di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan, Perak. Kejadian itu seakan mengimbau kembali tragedi yang hampir sama berlaku pada 28 Februari 1990. Memetik laporan Berita Harian, kejadian yang berlaku di Kilometer (KM) 31, Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak, Pahang itu melibatkan sepasukan anggota FRU dari Pusat Latihan Polis (PULAPOL) yang dalam perjalanan untuk menjalani latihan di Kuala Terengganu.

Ketika kejadian, anggota FRU terlibat berada dalam trak paling hadapan bersama empat kenderaan FRU lain sebelum mereka dirempuh sebuah bas ekspres dari arah bertentangan. Pertembungan yang berlaku menyebabkan trak terperosok ke bawah bas sebelum bahagian badannya dihentam sebuah lori tangki minyak yang cuba untuk mengelak pelanggaran tersebut. Hasil siasatan yang dibuat mendapati kemalangan berpunca daripada masalah brek bas yang menyebabkan kenderaan itu gagal dikawal ketika menuruni bukit.

Kejadian yang mengorbankan 11 anggota FRU itu turut membabitkan 12 kenderaan lain. Dalam kejadian tersebut, lima anggota FRU pergi menghadap illahi di tempat kejadian manakala enam lagi menghembuskan nafas terakhirketika mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur. Mereka yang terkorban adalah Koperal Mohd Hilmi Ismail, Koperal Saaid Hassan, Lans Koperal Shahimi Lazim, Lans Koperal Mohd Som Puteh, Konstabel Mohd Lazim Admin, Konstabel Abd Razak Sharif, Konstabel Wan Mazland Bidin, Konstabel Mohd Razali Bidin, Konstabel Mohd Samsudin Hamad, Konstabel Sazali Hussin dan Konstabel Kok Kiong.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *