Seorang individu mendakwa pelakon, Shakilla Khoriri merampas suami kepada rakannya menerusi komen yang ditinggalkan di Instagram, baru-baru ini. Bengang dengan tuduhan tersebut, pemilik nama Nurul Shakilla Mohd Khoriri, 36, mengajak individu bernama Aswad itu bersemuka untuk melihat bukti sama ada dakwaannya itu benar atau tidak. Shakilla berkongsi perkara itu menerusi Instagram Story (IGs) pada Ahad.


“Tolong balas mesej saya, nak sembang pasal lelaki kawan awak tu. Banyak nak sembang berserta bukti ni. Sebab ini saya malas nak sembang tiada bukti.” Bagaimanapun selepas beberapa jam, ibu kepada Ameena Sofia memuat naik gambar menyatakan dia telah disekat selepas cuba untuk mendapatkan nombor individu tersebut. Jelasnya, dia pilih untuk bertemu empat mata dengan lelaki itu kerana tidak gemar membalas komen dengan manusia yang mengakui serba tahu tentang kehidupannya.
“Kalau nak menulis yang paling serba tahu pastikan kena berani dan yakin dengan apa yang ditulis. Untuk tidak kena maki depan warganet yang budiman. Sembang tin kosong, lain kali jangan menyibuk hal orang. Jangan nak jadi yang paling tahu hal orang lain.” Sebelum ini, seorang individu mendakwa Shakilla merampas suami kepada kawannya selepas aktres itu tampil menjawab persoalan warganet tentang kelibat bekas suaminya, Fizi Ali yang dilihat tidak hadir di hari sukan anak mereka.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.