Usahawan terkenal, Neelofa berkongsi telah membuka kelas ilmu di pejabatnya, Nilofa Plus, baru-baru ini. Menerusi perkongsian di Instagram Stories, pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor, 36, berkata idea untuk membuka kelas itu terjadi selepas melihat sebahagian ruang pejabatnya tidak digunakan Ibu kepada dua orang cahaya mata itu juga memaklumkan kelas ilmu itu turut mendapat sokongan penuh daripada suaminya, Haris Ismail.


“Sebenarnya ni pejabat Nilofa Plus, bahagian atas untuk melakukan siaran langsung (live) tapi sebahagian lagi tak digunakan. Jadi kita tukar pada bahagian untuk buat kelas.” Dalam pada itu, Neelofa meluahkan perasaan syukur terhadap Haris kerana sering mengingatkannya untuk menganjurkan kelas ilmu. “Terima kasih kepada suami kerana tidak jemu membebel dekat saya untuk buat kelas ilmu. Alhamdulillah semoga kita semua dapat manfaat.”
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.