Ada yang samakan dia dengan wanita yang berpudah putih, Nur Nilam kecewa dengan fitnah yang dilemparkan

Advertisements
Advertisements

Isteri kepada pelakon, Azlan Komeng iaitu Nur Nilam Ortiz menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan wanita berpurdah dalam kereta bersama suami adalah dirinya. Menerusi TikTok, Nilam meluahkan rasa kecewa terhadap fitnah yang dilemparkan terhadap dirinya. Ujarnya, dia tidak akan memaafkan mana-mana pihak yang mendakwa wanita tersebut adalah dirinya.

“Dari semalam terlalu banyak fitnah yang dilemparkan kepada aku mengatakan aku dan si dia ini adalah orang yang sama. Wallahi bukan aku dan secara officialnya aku tidak akan memaafkan sesiapa yang menulis, menambah, bercerita dan apa sahaja yang mengatakan itu adalah aku.” Menerusi perkongsian yang sama, Nilam turut memuat naik foto membandingkan bahagian matanya dan wanita berpurdah berkenaan.

“Apa yang sama? Wahai pemfitnah, tiada kemaafan bagimu.” Dalam pada itu, Nilam turut menyorot perhatian apabila mendakwa wanita itu menjadi punca dia kehilangan anak serta kehancuran rumah tangganya bersama Azlan. “Kerana orang ini lah anak aku hilang, suami aku hilang. Dan wahai penampah perisa, pemfitnah, demi Tuhan aku tak akan maafkan.”

Terdahulu, tular satu video memaparkan seorang wanita berpurdah yang sedang berada di dalam kereta bersama Azlan. Menerusi perkongsian yang dibuat, individu yang bernama Maizila itu meluahkan rasa syukur kerana sering ditemani Azlan walaupun pelakon itu sibuk dengan kerjayanya. Imbas kembali, Nilam mencuri perhatian apabila mendedahkan suaminya, Azlan akan berkahwin satu lagi malah dia juga sudah bertemu dengan bakal madunya.

Nilam kemudiannya hadir ke mahkamah pada 9 April lalu dengan berpakaian serba hitam bagi memfailkan fasakh. Untuk rekod, Azlan dan Nilam mendirikan rumah tangga pada 22 Januari 2022. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *