Penampilan isteri kepada pelakon, Shukri Yahaya iaitu Tya Adnan yang hadir berniqab ketika mala gala filem Balas Balik menjadi perhatian. Tya hadir untuk memberikan sokongan kepada suaminya yang merupakan pelakon utama filem tersebut. Menerusi beberapa foto yang di muat naik di akaun Instagram miliknya merakamkan Tya memakai abaya berjalan di sisi Shukri sambil bahunya dipeluk suaminya.
“Oh sorry macam biasa saya bawa plus one hahaha, tulang belakang mana boleh tinggal,” tulisnya. Sementara itu, di ruangan komen rata-rata warganet mendoakan agar Tya kekal istiqamah dengan penampilan berniqab. Selain itu, warganet juga berpesan agar Shukri menjaga isterinya dengan baik dan penuh kasih sayang. Terdahulu, penampilan Tya yang mengenakan niqab mencuri perhatian ramai selepas dia pulang mengerjakan Umrah pada Februari lalu.

Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.