Tiada tindakan lanjut bukan penamat, Polis masih teruskan siasat kes simbah asid Faisal Halim

Advertisements
Advertisements

Walaupun diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA), pihak polis menegaskan siasatan kes simbah asid Faisal Halim terhadap yang merupakan pemain sensasi Selangor FC masih diteruskan dan belum ditutup. Memetik laporan dari Bernama, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain menyatakan status NFA hanya merujuk kepada tiga individu yang ditahan sebelum ini, termasuk beberapa bukti awal seperti rakaman CCTV dan lakaran wajah, yang tidak mempunyai kaitan dengan kejadian tersebut.

“Ini merupakan prosedur operasi standard (SOP) dalam mana-mana siasatan. Sekiranya tangkapan tidak mempunyai kaitan atau membantu siasatan, Timbalan Pendakwa Raya (DPP) akan mengklasifikasikan kes sebagai NFA sehingga wujud perkembangan atau maklumat baharu,” katanya. Jelasnya lagi, hasil siasatan mendapati suspek sebenar menggunakan nombor plat palsu, manakala analisis forensik ke atas telefon suspek tidak menunjukkan sebarang pembabitan dalam serangan tersebut.

CCTV dan lakaran wajah juga gagal kenal pasti pelaku sebenar. Pihak polis juga memaklumkan bahawa sebarang perkembangan kes akan dikongsi kepada peguam Faisal secara berkala dan kertas siasatan boleh dibuka semula jika ada bukti baharu. Terdahulu, peguam Faisal, Nik Zarith Nik Moustpha, memohon agar kes itu dibuka semula menerusi surat rasmi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) pada 15 April lalu, namun masih belum menerima sebarang maklum balas.

Faisal, 27, menjadi mangsa simbahan asid pada 5 Mei 2023 di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya dan mengalami melecur tahap empat hingga perlu dirawat di ICU selama 10 hari. Polis turut mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi yang boleh mengganggu siasatan. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *