Tular dakwaan bakal rujuk dengan Nedim Nazri, sekali ini pula respon dari Nora Danish

Advertisements
Advertisements

Pelakon, Nora Danish, menafikan spekulasi yang mendakwa dirinya bakal rujuk dengan bekas suami, Nedim Nazri. Menurut Nora atau nama sebenarnya, Nora Mohd. Danish Hanif, 43, dakwaan itu timbul mungkin kerana keakraban mereka yang masih baik meski sudah tidak bergelar suami isteri. “Saya baru dengar cerita (dakwaan rujuk) ini hari ini. Mungkin keakraban kami yang buatkan orang keliru atau salah faham.

Dia memang betul-betul ‘soulmate’ saya. Setakat ini, kami memang tak boleh bersama tapi kami saling faham sesama sendiri,” ujar Nora. Nora berkata demikian ketika ditemui di majlis Pelancaran koleksi Amber Oasis Abaya di Glasshouse Seputeh, Kuala Lumpur, pada Rabu. Nora turut menjelaskan, buat ketika ini tiada langsung perancangan untuknya kembali bersama.

Malah, dia lebih selesa mengekalkan hubungannya bersama Nedim dalam keadaan yang harmoni memandangkan mereka pernah melalui fasa kehidupan berumah tangga selama lebih sedekad. “Situasi kami adalah pernah hidup bersama dan memahami sesama sendiri dan itu sahaja, tidak lebih dari itu. Untuk dakwaan saya akan rujuk dengan bekas suami saya itu, saya sangkal dakwaan tersebut. Memang tiada langsung ura-ura rujuk, cuma kami selesa dengan keadaan hubungan kami ini.” tambahnya lagi.

Mengulas soal jodoh, pelakon drama Puteri itu tidak menolak kemungkinan akan berkahwin semula, namun menegaskan dia belum bersedia untuk kembali berumah tangga. “Saya memang dalam fasa untuk mengenali diri dan mendekatkan diri dengan Allah. Dalam fasa itu, memang saya banyak mendekati juga golongan ustaz, habib, maulana untuk saya mengisi ruang hati saya yang kosong ini.

Kalau ada yang mahu mendekati saya untuk berkahwin, memang ada. Cuma saya ada letakkan batasan bahawa saya masih belum bersedia untuk berkahwin. Fokus saya sekarang ini adalah untuk mengenali diri saya sahaja. Kalau Allah berikan saya jodoh, saya tak mahu terburu-buru dalam mengejar perkahwinan seterusnya hanya kerana saya sunyi,” katanya.

Imbas kembali, Nora dan Nedim Mohamad Nazri, 41, berpisah pada Jun lalu selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl, 6. Sebelum itu, Nora pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram atau Jejai pada 20 Jun 2006 dan memiliki anak lelaki, Putra Rayqal, 15, sebelum berpisah pada 2008.

Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *