PERSONALITI media sosial Ryzal Ibrahim sekali lagi ditegur w susulan berkongsi foto isterinya iaitu Maryam You Narae yang berpakaian ketat ketika melakukan aktiviti ‘brisk walk’ di media sosial miliknya. Tidak ambil hati dengan kritikan diterima, sebaliknya Ryzal atau Nik Muhammad Ryzal Ibrahim, 33, menerima teguran tersebut dengan hati terbuka. “Tiada komen, saya tak tahu nak cakap apa tentang kritikan warganet.
“Mungkin ada betul kata mereka itu, apapun saya terima teguran dengan hati terbuka,” katanya. Ryzal memberitahu selepas ini dia akan lebih berhati-hati dalam memuat naik sebarang foto melibatkan isterinya di media sosial. “Selepas ini saya akan lebih berhati-hati bila muat naik gambar isteri,” ujarnya. Sebelum ini, perkongsian Ryzal melakukan aktiviti riadah bersama isteri dan anak sulung mereka iaitu Rina mencuri perhatian warganet di media sosial.
Bagaimanapun perkongsian tersebut menerima reaksi negatif kerana pakaian sukan dipakai Maryam dikatakan terlalu ketat dan tidak sesuai dengan imej sebagai Muslimah. Oleh itu, rata-rata warganet menasihati Ryzal untuk lebih sensitif sebelum memuat naik sebarang hantaran di media sosial melibatkan aurat isterinya. Malah mereka juga menasihati Maryam membeli pakaian sukan yang lebih longgar dan patuh syariah selepas ini. Untuk rekod, Ryzal dan Maryam, 32, mendirikan rumah tangga pada Ogos 2019.
Selain Rina, 4, pasangan ini turut dikurniakan seorang lagi cahaya mata iaitu Nik You Rian, yang kini berusia 3 bulan. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.