Ucap terima kasih sebab Azlan Komeng selalu teman, tular video perempuan berniqab dikatakan madu Nilam Ortiz

Advertisements
Advertisements

Hantaran seorang wanita berniqab meraih perhatian wargamaya selepas didakwa merupakan bakal madu kepada usahawan Nur Nilam Ortiz. Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, individu yang dikenali sebagai Maizila itu memuat naik beberapa foto bersama pelakon, Azlan Komeng di dalam kereta. Pada perkongsian itu, Maizila meluahkan rasa syukur kerana sering ditemani Azlan walaupun sibuk dengan perniagaannya.

“Alhamdulillah, terima kasih sayang selalu ada dengan saya walau sibuk bekerja. Lepas rindu dengan sayang sorang ini.” Bagaimanapun, ruangan komen dipenuhi dengan komen negatif terhadap Maizila yang didakwa sebagai perosak rumah tangga Nur Nilam. Imbas kembali, Nilam menjadi perhatian apabila mendedahkan suaminya, Azlan akan berkahwin satu lagi malah dia juga sudah bertemu dengan bakal madunya. Sebelum ini, Nilam berkongsi video memperlihatkan dia berada di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi baru-baru ini.

Menerusi perkongsian itu, Nilam yang memakai jubah dan tudung serba hitam seakan-akan memberi bayangan dia memilih untuk berpisah dan hanya mahu menjaga hatinya sendiri. Untuk rekod, Azlan dan Nilam mendirikan rumah tangga pada 22 Januari 2022. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *