Simpan untuk dijadikan kenangan, Shuib kongsikan video detik terindah bila tahu Watie hamil di Mekah

Advertisements
Advertisements

Pelawak dan usahawan terkenal, Shuib berkongsi sebuah video memaparkan detik terindah apabila isterinya, Watie mengandung anak pertama mereka setelah mendirikan rumah tangga selama dua tahun. Menerusi perkongsian video di Instagram, Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhammad, eluahkan rasa syukur atas kehadiran cahaya mata yang mereka namakan ‘Bintang’, meskipun hanya seketika, dan redha dengan ketentuan Ilahi. Klik sini untuk lihat video.

“Simpan sini buat kenangan yang Dia pernah hadir dalam keluarga kami. Namanya Bintang ‘Anak Mekah’. Terima kasih diatas kehadiran walaupun hanya sekejap. Ianya cukup bermakna dan indah buat kami sekeluarga lebih lebih lagi mummy Watie,” tulisnya. Walaupun terpaksa menerima kehilangan anak pertama mereka, pelawak itu tetap tabah dan percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Bagaimanapun, Shuib turut menzahirkan penghargaan buat Watie atas ketabahan dan pengorbanan yang ditunjukkan sepanjang melalui pengalaman tersebut. “InsyaAllah semoga jumpa di syurga. Daddy dan anak-anak sayang Mummy. Mummy dah buat yang terbaik, susunan Allah lebih mengetahui. Semoga kita semua di kurniakan rahmat dan berkat dunia dan akhirat,” kongsinya.

Terdahulu, Watie berkongsi khabar sedih apabila dia mengalami keguguran ketika hamil anak pertamanya pada hari Ibu. Untuk rekod Watie dan Shuib bernikah pada 23 Jun 2023. Shuib memiliki empat orang cahaya mata hasil perkahwinan pertama dengan penyanyi Allahyarham Siti Sarah. Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *