SEBAGAI isteri perasaan pelakon Siti Elizad terluka apabila suaminya dikutuk gagal memberi kemewahan kepadanya. Elizad atau Siti Elizad Mohd Sharifuddin, 41, berkata, apa dilakukan suaminya sudah cukup istimewa di matanya dan orang luar tidak patut menghakimi rumah tangga mereka. “Berhenti cakap buruk tentang suami saya! Terlihat biasa di mata awak (warganet). Tapi dia sangat luar biasa untuk saya.



Kami akan cipta memori bersama dan menunggang motosikal bersama-sama selamanya,” katanya. Elizad meluahkan perkara itu menerusi hantaran di Instastory miliknya pada petang Ahad. Tidak perlukan kemewahan untuk rasa bahagia, Elizad bersyukur dengan setiap pemberian suami iaitu iaitu Shamsul Baharin Abdul Rahman. Tambah pelakon itu, kehidupan seseorang manusia itu bukanlah untuk dibanding-bandingkan, sebaliknya perjalanan bersama pasangan.
Apa suami sediakan, saya sudah cukup bahagia. Teratak kecil kami, makan dekat hentian rehat, tidur di hotel RM80. Pergi konvoi motosikal, naik tongkang bersama itu pun sudah buat saya bersyukur. Hidup kami tak berlumba dengan orang lain sebab hidup ini bukanlah suatu pertandingan tapi perjalanan. Perjalanan yang indah setiap masa bersama suami tercinta,” jelasnya. Untuk rekod, Elizad dan Shamsul mendirikan rumah tangga pada Januari 2015.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.