Pempengaruh Tyra Kamaruzzaman berkongsi jumlah kos rawatan yang dibelanjakannya sewaktu melahirkan anak sulungnya, Tyara di sebuah hospital swasta yang terletak di ibu kota. Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram Story (IGs), Tyra memaklumkan jumlah keseluruhan bagi kos rawatan bersalinnya adalah menghampiri RM50,000. Menurut Tyra, Tyara dilahirkan secara pembedahan dan perlu berada di bawah unit rawatan rapi sehingga hari dibenarkan untuk pulang.
“Saya bersalin di Prince Court dan kos hampir RM50,000. Saya perlu lalui operasi untuk melahirkan Tyara dan kami tinggal di bilik suite selama lima hari. Tyara berada di unit rawatan rapi (NICU) dari lahir sehingga hari kami pulang. Diberi ubat hypoglycaemia dan sebagainya. Selain itu, Tyara juga perlu berada di bawah lampu sebab demam kuning naik sikit malam sebelum kami pulang ke rumah.”
Dalam pada itu, Tyra memaklumkan bahawa bayaran yang dikenakan berbaloi dengan layanan baik daripada kakitangan hospital yang diterimanya. “Saya boleh katakan ianya berbaloi dengan rawatan yang saya terima. Jika bukan kerana pembekal barangan kesihatan di hospital itu, saya mungkin tidak akan selamat. Mereka adalah orang hebat dan sangat baik dengan saya. “
Berkongsi lebih lanjut, Tyra turut menerima ilmu daripada ahli fisioterapi bagi penjagaan selepas menjalani operasi bersalin. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.