Berat badan turun lepas berpantang 8 hari, tak sangka rupanya Watie tak alami alahan waktu alahan

Advertisements
Advertisements

Isteri kepada pelawak, Shuib iaitu Watie Hanifiah menyatakan dia tidak mempunyai alahan sepanjang mengandung anak pertama sebelum disahkan keguguran, baru-baru ini. Pemilik nama Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 37, berkongsi perkara itu di Instagram Story selepas berat badannya turun hasil berpantang lapan hari. Mengimbas kembali sewaktu mengandung, Watie berkata dia berselera makan kerana tidak mempunyai sebarang alahan.

“Masa saya rancang nak mengandung sebelum ini saya memang berdiet. Dari berat 68 kilogram (kg) ke 60kg. Ngam-ngam berat dah capai 60kg saya dapat tahu mengandung jadi pada ketika itu memang melantak macam-macam sebab saya tiada apa-apa alahan. Sampai saya asyik fikir betul ke dalam perut dah ada baby. Sebab saya cuma kuat makan je, kuat berjalan pun ya juga.”

Bagaimanapun, Watie berkata lebih baik sekiranya mempunyai alahan kerana akan lebih berhati-hati dalam menjamah makanan. “Tapi bagi saya lagi best sebenarnya ada alahan ini, sekurang-kurangnya dia bagi kita petanda yang ‘dia’ ada dalam perut kita. Dia bagi kita petanda untuk kita duduk rehat dekat rumah diam-diam.” Sebelum ini, Watie mengesahkan mengalami keguguran pada Hari Ibu, 11 Mei lalu.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *