Jangan mudah percaya, Aeril Zafrel dedah ada orang yang gunakan nama Wawa Zainal untuk tujuan tipu orang ramai

Advertisements
Advertisements

PELAKON dan usahawan Aeril Zafrel meminta orang ramai agar tidak mudah percaya dengan mana-mana pihak yang menggunakan nama dia dan isteri, Wawa Zainal untuk tujuan menipu orang ramai. Ia susulan wujud individu yang menjanjikan hadiah wang tunai lumayan namun meletakkan syarat perlu membuat bayaran pendahuluan. Menurut Aeril atau Suhairil Sunari, 37, dia dan Wawa tidak pernah berbuat demikian dan tindakan itu adalah satu bentuk penipuan. Klik sini untuk lihat video.

“Ini ‘scam’. Tidak mudah saya nak beri hadiah kepada orang tanpa sebab. Jangan mudah percaya,” katanya. Aeril menulis perkara tersebut di Instagram miliknya. Dalam hantaran sama. Aeril turut berkongsi tangkap layar seornag indivdiu yang mendakwa dirinya wakil kepada pihak Wawa. Menerusi perbualan di aplikasi WhatsApp itu, individu berkenaan menawarkan hadiah lumayan bernilai RM30,500.

Malah dia juga turut berani bersumpah atas nama Wawa sebagai janji hadiah yang bakal diterima itu bukan satu pembohongan. “Saya Wawa bersumpah kalau bohong akan kena bala besar. Wawa akan bertanggungjawab apabila sudah hantar pengesahan dan jika hadiah belum masuk, semua amal ibadah tidak akan diterima,” jelas pesanan suara yang kononnya menyamar sebagai Wawa.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *