PELAKON Azhar Sulaiman tidak menghalang jika anaknya iaitu Kasih Iris Leona memilih pasangan lebih berusia. Bukan itu sahaja, Azhar,54, juga terbuka seandainya anaknya itu bertemu jodoh dengan lelaki berstatuskan suami orang. Azhar bagaimanapun berkata dia tidak memandang status ataupun kekayaan bakal menantu, sebaliknya berharap lelaki itu mampu menjaga anaknya dengan baik. “Untuk Leona saya terbuka kepada apa sahaja kalau ditakdirkan dia jadi isteri kedua orang pun itu adalah takdir ajal, rezeki jodoh ini semua ditangan tuhan.
Jika kebahagiaannya sebagai madu, tak mengapalah jadi saya terbuka kepada apa sahaja sebab hal perkahwinan ini saya rasa biarlah dia sendiri yang buat keputusan,” katanya. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.