PELAKON Bella Astillah menangis apabila anak lelakinya iaitu Ayden Adrean berjaya menamatkan acara renang 400 meter di Langkawi Swim Fest yang berlangsung di Tanjung Rhu, Langkawi, Kedah pada Isnin. Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 31, berkata, dia tidak menyangka Ayden dapat melakukan cabaran itu meskipun hanya membuat latihan dalam masa singkat. Klik sini untuk lihat video.

“Pertandingan renang 400 meter anak lelaki saya dengan hanya latihan selama seminggu, memang saya sangat takut sampai tak keluar suara. Saya tidak tahu sama ada dia boleh melakukannya tetapi akhirnya dia berjaya. Dia berenang dengan sepenuh hati dan berjaya sampai ke garisan penamat,” katanya. Bella berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Isnin.
Dalam pada itu, Bella tidak menafikan timbul rasa bimbang memikirkan keselamatan Ayden memandangkan dia sendiri mempunyai trauma dengan aktiviti air. Pelakon drama Cinta Belum Tamat Tempoh ini bagaimanapun bangga melihat kejayaan Ayden yang disifatkan mempunyai keberanian dan sikap daya saing tinggi. “Sebagai seorang yang tidak boleh berenang sebab trauma, melihat anak saya berenang di laut rasanya seperti nak tercabut jantung ini (risau).
Tetapi Ayden sangat berani, kuat dan bersungguh-sungguh sehingga dia mampu menyelesaikannya. Saya menangis dan kami sekeluarga menangis kerana dia berjaya melakukannya, anak saya seorang yang kuat,” ujarnya. Untuk rekod, Bella sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Aliff Aziz pada 9 September 2016, namun berpisah pada 13 Jun tahun lalu.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrean, 8, dan Ara Adreanna yang kini berusia 5 tahun. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.