Bengang bila bekas suami tak hadir ke mahkamah, terkejut bila Fara Salleh dedah Shuk Sahar jual diri dalam aplikasi cari jodoh

Advertisements
Advertisements

Kontroversi antara bekas isteri pelawak Shuk Sahar, Fara Salleh, terus hangat apabila wanita itu tampil membuat pendedahan mengejutkan mengenai dakwaan Shuk melanggan pel*c*r serta menggunakan aplikasi cari jodoh dalam talian. Menerusi hantaran di Instagram Story (IG), Fara bukan sahaja menuduh bekas suaminya tidak hadir ke mahkamah bagi urusan pendaftaran perkahwinan, malah mendakwa Shuk sering melemparkan tuduhan palsu terhadap dirinya.

“Ke kau tengah seronok lupa tanggungjawab pada anak ni sebab busy jual diri dalam apps? Kau asyik panggil aku pelcr, perempuan murah, sebab kau sendiri langgan betina tu dalam Telegram!” tulisnya. Lebih mengejutkan, Fara turut mencabar Shuk untuk mengemukakan bukti kepada umum sekiranya benar dakwaan dirinya pernah menjual badan seperti yang digembar-gemburkan.

“Ilusi sampai takut dengan bayang-bayang sendiri. Meh sini kau buktikan pada semua warganet kalau aku pernah menjual diri, menjual badan seperti mana kau pernah cakap aku ada video dalam Telegram dengan kawan kau. Silakan,” tulis Fara. Kenyataan itu mula dimuat naik selepas Fara kesal dengan tindakan Shuk yang mengabaikan notis untuk hadir ke mahkamah yang telah diterimanya sejak sebulan lalu.

Sehingga kini, Shuk masih mengunci mulut dan belum memberikan sebarang maklum balas terhadap tuduhan terbabit. Terdahulu, Fara mengesahkan Shuk telah melafazkan cerai terhadapnya melalui panggilan telefon.

Sumber: Xtra.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *