Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah enggan untuk menjawab dakwaan sudah mengikat tali pertunangan dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq. Menurut laporan, Bella atau nama lengkapnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah hanya mampu mengucap apabila menjawab dakwaan tersebut ketika ditemui media, baru-baru ini. “Astaghfirullahalazim, maaf saya dah lambat untuk pergi ke acara seterusnya, nanti saya beritahu.
Sekarang ni saya cuma fokus pada anak-anak sahaja,” katanya ringkas. Sementara itu, Syed Saddiq turut berpendirian sama seperti Bella dimana isu peribadi tidak patut dihebahkan kepada orang ramai. “Apa yang Bella jawab saya kekal dengan jawapan itu memandangkan dia tiada dengan saya sekarang. Dalam bab ini doakan, tambah pula isu peribadi lebih baik kekal sebagai privasi dalam keluarga sahaja.
Kami juga perlu fokus pada tanggungjawab masing-masing, jadi kita kekalkan sebegitu,” jelasnya. Terdahulu, tular di media sosial dakwaan Bella dan Syed Saddiq sudah bertunang dan dikatakan bakal melangsungkan perkahwinan. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.