Beri ucapan sempena ulangtahun kelahiran ibu Bella Astillah, sekali ini pula komen warganet

Advertisements
Advertisements

AHLI parlimen Muar iaitu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman jadi tumpuan di media sosial selepas memberikan ucapan manis sempena menyambut ulang tahun ibu kepada penyanyi Bella Astillah iaitu Siti Zarina Astillah. Lebih istimewa, Syed Saddiq, 33, membacakan puisi ringkas dengan menyifatkan Zarina sebagai wanita besi sebenar kerana berjaya melahirkan serta mendidik anak-anaknya menjadi insan yang berguna. Klik sini untuk lihat video.

“Dalam setiap senyuman, cinta kekal bersemi. Kamu membentuk hati dengan seribu erti, melalui diam yang tabah dan lembut yang berseri. Daripada siang yang terang hingga malam yang gelita, terima kasih kerana sentiasa menjadi bintang. Kamu juga menjadikan dunia Bella lebih bercahaya. Selamat hari lahir buat wanita besi versi original yang melahirkan lebih ramai wanita besi yang lain.

Tanpa kasih sayang seorang ibu mustahil untuk anak-anak berjaya,”katanya. Syed Saddiq memberi ucapan tersebut ketika menghadiri majlis sambutan hari jadi Zarina yang ke-49 pada malam Selasa. Menjengah ke ruangan komen rata-rata memuji ucapan manis yang diberikan dan menyifatkan Syed Saddiq sebagai seorang yang budiman kerana menghargai keluarga Bella. “Ini baru ucapan untuk si ibu, kalau ucapan masa kahwin dengan Bella nanti boleh pengsan semua.”

“Syed Saddiq sangat budiman, betul-betul menghargai Bella dan orang sekelilingnya.” “Syed Saddiq punya ucapan penuh dedikasi, kita yang dengar pun terharu,” tulis warganet. Hubungan Syed Saddiq dan Bella dilihat mula rapat apabila mereka sama-sama mendaki Gunung Kinabalu di Sabah pada Januari lalu. Syed Saddiq kemudiannya membuat kejutan sewaktu hari jadi Bella pada Mac lalu sekali gus menguatkan lagi spekulasi kedua-dua mereka mempunyai hubungan istimewa.

Kelibat Bella juga turut dilihat di mahkamah bagi mengikuti keputusan rayuan membabitkan Syed Saddiq beberapa hari kemudian. Malah Bella dan Syed Saddiq dilihat sering memakai pakaian raya sedondon sehingga menguatkan gosip percintaan di antara mereka berdua. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *