Mangsa nahas membabitkan insiden bas membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang tular baru-baru ini masih menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan warganet. Mana tidaknya, selepas tular perkongsian di media sosial mengenai kisah ‘ajaib’ melibatkan arwah pelajar, Nurly Shahirah yang merupakan seorang hafizah, kali ini tular pula satu perkongsian seorang individu di laman Threads. Dakwanya, ketika ayah Nurly membuka tingkap van jenazah, dia terbau haruman yang sukar digambarkan sehinggalah dia dimaklumkan bau wangian itu datang dari jenazah seorang penghafaz al-Quran iaitu Nurly.
“Allahuakbar, saya mencari pakcik ni sebab saya nak tengok siapa anak dia. Sebab masa van jenazah sampai, pakcik ni buka tingkap cermin van jenazah, bau wangi keluar dari van jenazah tu. Saya bau haruman yang tak boleh nak dijelaskan wanginya. Saya ada bertiahu kat video TikTok lain, ramai yang komen tu jenazah arwah hafizah pengahafaz al-Quran. Saya mencari pakcik yang baju biru untuk yakinkan lagi keluar video TikTok ni baru tahu pakcik ni lah yang dari van jenazah tu…itu bau syahid haruman sangat.

Suami saya cakap bau macam air mawar, kasturi,” katanya. Perkara itu dikongsi individu berkenaan menerusi platform Threads pada Rabu. Sumber: Xtra, PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.