Sanggup bersumpah atas nama isteri dan anak, Mamak Puteh bengang bila ada yang cakap dia amal ilmu hitam

Advertisements
Advertisements

TIADA angin tiada ribut, tiba-tiba nama Mamak Puteh kecoh di media sosial apabila dituduh kononnya mengamalkan ilmu hitam.  Tampil menjawab tuduhan tersebut, Mamak atau Mohamad Ikhtiarudin Naina Mohamad, 41, menyangkal dengan sekeras-kerasnya tuduhan yang dibuat warganet. “Saya menyangkal tuduhan itu serta sanggup bersumpah atas nama isteri dan anak-anak saya. Ini bukan tentang lawak lagi tapi berkaitan akidah dan syirik.

Takkan saya nak buat perkara itu. Kalau saya buat, baik saya minta jadi kaya,” katanya ketika dihubungi pada Isnin. Menurut Mamak, tuduhan tidak berasas itu sudah mula berlegar sejak setahun lalu apabila sebuah kumpulan pelawak mendakwa pernah terkena gangguan mistik semasa menyertai sebuah pertandingan.

Awalnya dia mahu mengabaikan tuduhan berkenaan namun perkara itu kembali menjadi bualan hangat apabila beberapa podcast lain  seakan-akan merujuk kepadanya. Lebih menguatkan tuduhan tersebut apabila kenyataan yang dikeluarkan mendakwa peserta yang mengamalkan ilmu syirik itu sering menghasilkan ‘sandwich’ untuk diberi makan kepada rakan-rakan. “Tuduhan ini saya sudah dengar sejak awal tahun lepas apabila sebuah podcast yang dikendalikan kumpulan pelawak ada bertemu bomoh. 

Kemudian bomoh itu memetik nama peserta yang menghasilkan ‘sandwich’ adalah individu yang mengamalkan ilmu hitam. Tuduhan yang dibuat seolah-olah tuju kepada saya memandangkan saya menjual ‘sandwich’ sejak 2017 lagi. Kalau benda betul lebih baik sebut saja nama orang itu. Saya tak salahkan warganet, mereka hanya tengok podcast itu dan membuat kesimpulan sendiri,” ujarnya. Tambah Mamak lagi, isterinya juga turut terkena tempias dengan dakwaan tidak berasas itu memandangkan ‘sandwich’ itu merupakan hasil air tangannya.

Malah dia berharap fitnah yang disebarkan tidak berpanjangan selain bersedia untuk bertentang mata dengan individu yang menuduhnya. “Isteri saya memang tertekan, sebab ‘sandwich’ itu dia yang buat. Dia memang suka sediakan makanan.  Kalau tak ada tempahan pun memang akan beri orang secara percuma. Jadi bila timbul perkara ini memang rasa tak seronok.

Saya takut fitnah ini berpanjangan hingga nama saya terkait sedangkan saya tak sertai pertandingan lawak pada tahun itu,” ujarnya. Sebelum ini, nama Mamak menjadi sebutan netizen apabila didakwa mengamalkan ilmu sihir berdasarkan beberapa petunjuk yang didedahkan sekumpulan pelawak. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *