Ambil masa 6 bulan untuk turunkan berat badan 70kg, Sharnaaz Ahmad akui kini sedang buat persedian untuk lakonkan watak Reza

Advertisements
Advertisements

Pelakon popular, Sharnaaz Ahmad mengakui dia kini sedang membuat persediaan untuk melakonkan watak Reza (watak dalam Polis Evo 3). Katanya, untuk membuat persediaan melakonkan watak tersebut, dia mengambil masa selama enam bulan untuk mendapatkan sosok badan yang diinginkan. “Tahun ini saya kena selesaikan Reza (watak) yang memerlukan saya kena turun berat badan kepada 70 kilogram.

“Jadi, saya perlu ambil masa kira-kira enam bulan untuk dapatkan berat badan ideal kerana perlu membawakan watak aksi,” katanya. Sharnaaz yang juga teraju utama filem aksi box offixe, Blood Brothers: Bara Naga menjelaskan, untuk melakonkan watak filem bergenre sedemikian, tahap kecergasan adalah penting apatah lagi usianya kini sudah menginjak 40 tahun.

Saya perlukan tahap kecergasan diri saya seperti orang muda. Sekarang pun umur saya dah 40 tahun. Kalau saya mampu dapatkan macam usia 32 tahun semula, itu dah sangat best,” kongsinya. Sekadar info, Filem Blood Brothers : Bara Naga arahan Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra terus mendapat sambutan luar biasa dengan mencecah kutipan RM70 juta dalam tempoh 25 hari tayangan di pawagam seluruh tanah air. Selain Sharnaaz, antara barisan pelakon hebat yang membintangi filem ini adalah, Syafiq Kyle, Shukri Yahya, Amelia Henderson, Andy Teh, Irfan Zaini, Zamarul Hisyam dan ramai lagi.

Sumber, Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *