Rententan kontroversi yang berlanjutan, ramai warganet mula bertindak untuk tidak lagi mengukuti usahawan piza, Jofliam di media sosial. Menerusi hantaran yang dimuat naik di Threads, rata-rata ramai warganet turut bertindak menyekat dan melaporkan akaun Instagram milik Jofliam. “I’m done. Dah report dan block, saya dah tak kuasa nak tengok dia merentan.” “Biarkan, lepas tu biar fake followers dia support piza dan tiramisu.” “Semua plan nak block dan unfollow dia ramai-ramai ke? Kebetulan saya pun unfollow sebab meluat, malas nak tengok dia.” “Masa dia buat hal terus unfollow dia.

Selain itu, terdapat juga segelintir individu yang tidak lagi mahu menyokong perniagaannya. “Kalau tak suka dia terus block dan jangan support dia dah.” Dalam pada itu, terdapat segelintir warganet yang turut mendakwa Jofliam membeli followers (pengikut) di platform berkenaan susulan ada beberapa akaun yang mencurigakan. “Bot yang banyaknya, serius semua muka AI.” “Dia beli followers, saya tengok semua akaun baru.” “Nanti beli followers baru, semua muka AI.”
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.