Dikatakan tak ambil tahu isteri bersalin, tak boleh berdiam sekali ini pula respon dari Shuk Sahar

Advertisements
Advertisements

Pelawak, Shuk Sahar tampil membidas dakwaan isterinya, Fara Salleh berkenaan bersalin seorang diri. Shuk menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram Story miliknya menjelaskan dia tidak mengetahui tentang tarikh bersalin isterinya kerana tidak dimaklumkan. “Maklumat ayah macam mana nak dapat, macam mana nak pergi azankan, tarikh lahir pun tak ada siapa bagitahu. “Tak ada siapa pun menghubungi saya untuk beritahu dah lahir, nak bukti, okay kejap,” tulisnya.

Hantaran itu juga turut disertakan dengan tangkap layar perbualan Whatsapp bersama dengan seorang individu. Jelas Shuk lagi, dia hanya mengetahui tentang kelahiran anaknya itu selepas diberitahu oleh warganet menerusi kirim DM (direct message). “Orang sampai Dm beritahu dekat TikTok dah masuk hospital nak bersalin. Tak ada siapa beritahu, jadi yang termampu hantar je duit yang ada. RM5,000 untuk buat lahir kata celah gigi, nak tengok baki akaun tinggal berapa lepas hantar, okay. Alhamdulillah, adalah RM1,500 untuk belanja sebulan buat makan sikit-sikit.

Kalau nak tahu aku jenis bapa macam mana boleh tanya Ain dan Aimy anak-anak aku. Tapi kenapa aku jadi macam ni. Kau ada jawapan yang kalau aku buka kat sini sian pada keluarga kau. Biar aku, kau dan Allah sahaja tahu,” jelasnya. Dalam pada itu, Shuk juga mengatakan tidak perlu risau mengenai pendaftaran nama anaknya itu kerana dia telah berurusan dengan peguam.

“Aku diam kau usik aku guna media sosial, ada nombor aku, mak ayah aku kan, janganlah guna media sosial. Kenapa asyik guna media sosial kalau belum move on, ayuh Whatsapp sahaja. Bab daftar anak jangan risau sis, aku dekat sini dah contact pun peguam. Insya-Allah, mesti diuruskan ya. Ada apa apa Whatsapp tau, jangan di story sebab penatlah orang lain nak kena beritahu,” maklumnya.

April lalu, Shuk didakwa melafaz talak satu terhadap fara menerusi panggilan telefon. Kata Fara, suaminya melafazkan cerai ketika berada di Thailand. Terdahulu, Shuk pernah berkahwin dengan Rossa Sera pada 2015, namun bercerai pada 2023. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata Nur Qurratu Ain, 7, dan Nur Assyifatu Aimi, 5.

Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.